Thursday 25 August 2016

HIKMAH DI SEBALIK SEBIJIK KEK

HIKMAH DI SEBALIK SEBIJIK KEK
======

Salam semua,

Ada ke yang mengikuti perkembangan blog atcupcakes ni hehe.. Kalau ada alhamdulillah.
Hari ni nak berkongsi perkongsian Owner atcupcakes di FB beliau berikutan satu kejadian yang berlaku di kedai.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum.....
Apa habaq semua... Lama ayu tak bersiaran kat fesbuk ni. Asyik abg jaq ja yang duk posting. Segan pun ada dah ...
Hehehe...

Saja ayu nak kongsi kejadian yang baru berlaku kat kedai sat tadi...
moga2 jadi pengajaran buat semua....
Customer ayu mai nk amik order kek dia, nak jadi cerita ayu kebetulan ada kat kedai. Duk depan komputer tengah duk makan kek. Dengaq hingaq kat depan kedai. Dalam hati duk pikiaq apa dia la yg hingaq....
Hati seorang boss mana boleh tahan duk diam. Ayu keluaq, rupanya kek yang dia order "indah khabar dari rupa". Dia order lain, Dapat macam lain. Terkejut la ayu nak - nak pulak customer ni dah sedih sangat - sangat dengan kek dia.


 Terkejut customer. Order design lain dapat lain. waaaaaaaaaaaaaaaaaa


Ayu tawakal dalam hati layan dia sebaik mungkin. Macam - macam idea ayu habaq kat dia nk bg cantik kek. Dia habaq tak mau dah kek sebab sedih. Nak - nak dia peminat dan followers fb kami.
pastu first time oder pulak...
Dalam hati ayu tuhan ja la yang tau ....
abis dah laa customer ni tak mau dah kek ni...
Tiba - tiba dalam dok kalut Allah bagi ilham untuk deco kek dia. Nasib baik dia percaya lagi kat ayu, bagi ayu ubah kek dia.
Hasilnya, customer ayu kembali tersenyum. Tu ja yang ayu nak. Ayu banyak belajaq dari situasi ni. Silap datangnya pada kami sendri. Takdak senarai lengkap dari segi saiz acuan, harga design secara specific dan banyak lagi. Jadi staff pun ikut dan charge harga tak padan dengan design.
Banyak Hikmah yang Allah nak beri hanya dengan satu kejadian. Terima kasih pada pelanggan ayu ni sebab mengikuti atcupcakes dan percaya pada kami. Terima kasih sebab bagi peluang kami perbetui silap kami.
Kat sini jugak ayu nak bg tau....
kalau ada yang nak luahkan apa - apa boleh terus hubungi hotline kami naaa..
InsyaALLAH.....
Kami sedia membantu menjawab apa - apa persoalan...
019-384.3083 (Customer Care)
019-384.3083 (Customer Care)

Nak tengok kek selepas make over??? hehehe





Alhamdulillah customer puas hati selepas make over.

 

Tuesday 23 August 2016

MALAYSIAN FOOD FIESTA KEMBALI!!

Sebut je pasal Malasian Food Fiesta, hati dah terloncat - loncat. hehe. Mana taknya, teringat kenangan kali pertama kami sertai fiesta ni memang tak dapat dilupakan. Dengar - dengar kali ni lebih gempak dari sebelumnya. Harus semua peminat at cupcakes turun padang support kami ya. Ok jom tengok iternary program kita di bawah :

TARIKH : 5/10 - 9/10/2016 (5 HARI)
MASA : 10 PAGI - 10 MALAM
LOKASI : CENTRE COURT THE CURVE

Paling teruja tengok konsep design booth tahun ni. Siap ada photobooth besar bertemakan makanan. WHATTTT???? hehe




ha... excited tak?? ala2 western dan funky booth setup dia kan. 
Cuba tengok buah tembikai, aiskrim dan fries. Itula photobooth kita nanti

Kalau tahun lepas tetamu undangan ialah Elizabeth Tan dan Chef yuen. Cuba teka siapa tetamu kali n?

.
.
.
.
.
.



Chef Anis Nabilla



Chef Dato' Fazley Yaakob



JUMPA DI SANA.....!!!!!!

Monday 22 August 2016

KL FASHION WEEK 2016

Bila dapat order untuk KL Fashion week, orang nombor 1 yang paling teruja ialah staff. hehe. Punya seronok nak buat cupcakes untuk diberikan kepada KL Fashion Week. Tak dapat pergi pun takperlah janji dapat supply cupcakes pun dan seronok. Yea tak??

Nak tengok hasil cupcakes KL Fashion week? hehe
Mudah sahaja nak buat cupcakes ni sebab pelanggan nak guna edible imgage. Jadi kita hanya perlu design, coating dan tampal atas cupcakes sahaja.

Tadaaaa.... dah siap cupcakes comel ni. Customer nak siap2 letak dalam box jadi kita packing siap - siap.

Ish gambar cupcakes je ker? takkan xder gambar fashion designer???


Ada... ada... ok scroll bawah :)



 House of Mini merupakan pelanggan setia kami. Amboii sampai cium cupcakes hehe.




Cun nyeee Sazzy Falak ni. Kalau jumpa LIVE mesti kena Selfie hehe.

KL Fashion Week 2016 dah pun melabuhkan tirai nya semalam. Doa kami semoga lebih ramai fashion show dan designer yang pertontonkan fashion yang lebih sopan dan sejuk mata memandang hehehe

Tuesday 16 August 2016

KENANGAN ABADI

BILA KAMI MELIHAT
------------------
Apa lagi yg mampu kami ucap dn perkatakan, rasanya tak terluah dengan kata - kata.

BILA KAMI PEMBUAT KEK MELIHAT ,



 Ayah dn Ibu cuba mengembirakan anaknya yg tersayang...

Bila kami melihat seorang suami dn istri mengembirakan pasangan tercintanya...



Bila kami melihat sahabat baik mengembirakan sahabat yg banyak berkorban buatnya...



Semua ini tak mampu kami ucap betapa kami turut sama merasa gembira.
Terima kasih dari kami warga Atcupcakes Bakeri







Kami cuba mengembirakan anda semampu mungkin, mohon maaf apa yg tekurang dari kami pembuat kek

MULUT MAU MANEIH, AYAT MAU POWER!

Semua tau kepakaran Kak Ayu dan Abang Jaq main tapak..  Tiap Raya ja mesti ambik tapak..tapi..  Abg jaq pun tak brapa brani nak ambik...