Tuesday 22 November 2016

DUNIA CUPCAKES

Datangla macam- macam produk intrend atau produk killer yang baru, Cupcakes tetap dihati kami. Nama pun AT Cupcakes kan. Kalau takda cupcakes macam tak kena ja kan. hehe. ni antara cupcakes yang kami pernah buat untuk dijual di roadshow serta order dari pelanggan setia kami. Mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda semua.

 Durian tu bukan hiasan semata - mata tau. Cupcakes di depannya adalah cupcakes DURIAN hasil rnd dari boss AT Cupcakes.
 Cupcakes Belgium Coklat ni memang sesuai sangat untuk penggemar colat kan. Dapat makan cupcakes ni seminggu teringat - ingat hehehe
 Rainbow cupcakes ni ada peminat dia tersendiri. Nak buat sedikit renyah tetapi hasil bila siap ...WALLAAA.
 Ada yang menggemari cupcakes Red Velvet tak?? yeay kita geng!!. Cream cheese tu kan bila kita makan dengan red velvet memang ngam betul rasa dia.
 yang ni cupcakes flavour coklat sahaja cuma tengok bunga ros sekuntum mekar tu. Kalau orang perempuan merajuk dapat cupcakes ni terus tak jadi merajuk kan hehe.


comel tak hello kitty ni?? Sweet sangat kann

Dan akhir sekali, simple tetapi memikat. Cupcakes yang dah membantu kami membuat jualan puluhan ribu ringgit.

Besok kita cuci mata tengok gambar lain pula ehh.. Jumpa lagi di entry seterusnya.

Thursday 17 November 2016

CERITERA KEK

Dalam banyak - banyak produk kami, kek deco tetap menjadi pujaan hati kami. Kepuasan bila dapat menghasilkan kek yang menarik dan membuatkan pelanggan gembira adalah perasaan yang sangat sukar nak digambarkan. Hanya cake decorator sahaja yang paham kan? sapa cake decorator kita kasi High 5 skit!...

 Kek design yang tidak rumit. Tetapi paling penting adalah pemilihan warna yang terang dan matching dengan cartoon. Untuk kek Sofia ini, Pemilihan warna purple, pink dan kuning adalah sangat menarik. Alamak bukan puji diri sendri tau.. hehhe
 Kek Frozen ni walaupun dan 3 tahun usia cartoon ni tapi masih mendapat tempat di hati peminat. Nanti kami buat satu post  asing buat kek frozen sahaja ya. Macam - macam design dah kami buat hehe..
My little poney pula menjadi kegilaan terbaru kanak - kanak perempuan. Deco poney kami ni sangat simple dan hanya menggunakan edible image sahaja.

 Cantik tak kek Snow White kami ni?? Kalau dah namanya princess kena la deco sweet sweet gitu kannn...


Selamat mencuci mata.. Jangan ada yang terliur pulak ya.. hehe

HALA TUJU ATCC BAKERY & TRADING


Bila dah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan, banyak cabaran serta perubahan produk yang telah syarikat ATCC Bakery & Trading lalui. Perjalanan produk harus mengikut trend terkini.

kalau tak...kemungkinan perniagaan kita untuk jatuh atau di saingi dengan pesaing baru akan mula tergugat. Pernah dengar cerita NOKIA?

Nokia yang dahulunya berada di carta no 1 bagi telefon bimbit tenggelam dek kerana tidak mengikuti perkembangan dan perubahan teknologi telefon bimbit. saat samsung dan jenama - jenama lain berubah kepada touch screen dan perlbagai perubahan, nokia masih mengekalkan identiti lama mereka.

Kini apa jadi kepada nokia??

Sedihkan? dulu hampir semua orang guna handphone nokia kan...


Atcc Bakery & trading kini telah jumpa formula serta produk fokus yang tetap untuk melancarkan perjalanan perniagaan kami.

Lebih jelas kan bila kami dah asingkan produk serta fokus syarikat. Geram pulak tengok logo logo comel ni kan?? sesuai sangat dengan trademark kami iaitu "CUTENESS"


Kami bersungguh - sungguh ingin bertahan dan memperjuangkan ekonomi Islam dalam menyediakan prduk bakeri keluaran Bumiputera. Doakan kami yaaaaa






PEMINAT AT PREMIX!!!

At Premix sudah mula di pasarkan di Outlet AT Cupcakes dan Roadshow Atcupcakes. Bila dah berada di outlet, staff - staff semangat nak jual tepung AT Premix. Bila staff sales bersemangat staff production pun apa lagi busy packing Tepung hehe.

Nak tengok tak feedback pelanggan AT Pemix di outlet kami?? excited sangat nak share kepada pembaca blog ni. Jom kita layan gambar - gambar pelanggan nak? Seronok sangat bila kita tengok raut wajah ceria pelanggan At Premix ni tau.

 Abang beli kek untuk isteri ke untuk girlfriend tu?? hehe

Jaga - jaga kak, balik rumah nanti mesti anak akak terus suruh akk bakar tepung kek tu.



walaupun akk berniqab, tetapi mata akk jelas menunjukkan akk tengah senyum kann hehe.













 Bila best friends dua dua nak beli tepung. Satu tak cukup katanya hehe
 
 









kenapa adek kat belakang tuu tengok sampai macam tu?? Ajak mak beli tepung sekali hehehe








Gambar pelanggan dah upload. nak tengok tak gambar owner At Cupcakes mempromosikan Tepung At Premix ?? hehehe

Sweetnyaaaa.. abiss kena ghumunn semut bila tengok gambar sweet cenggini hehehe... bossss jangan mara naaaa.

Wednesday 16 November 2016

NILAI SEBIJIK KEK

NILAI SEBIJI KEK
-------------
"Mak, mak. esok hari jadi adek ... kakak nak mak beli kek coklat tau mak!
''Mak bukan tak mau beli kakak... Tapi duit yang ada cukup - cukup ja untuk makan"
Mak mana yang tak mau sambut hari jadi anak dia dgn kek...... si ibu cuba usahakan cari resepi dan buat sendiri kek untuk sambut harijadi anak dia.
dalam hati si ibu tiba2 teringat.....
'kakak"....maklang ada bg mak resepi kek coklat yg sgt sedap !. Boleh la mak buat kek coklat kat adek".



========
Inilah kisah benar yang dilalui sendiri oleh pasangan AT Cupcakes. Dahulunya tak mampu untuk membeli sebijik kek tetapi kerana tidak sanggup untuk mengecewakan anaknya, pasangan ini berjaya membuat kek buat anak tersayang.






Berbekalkan pengalaman lalu inilah yang menjadi titik tolak kepada penghasilan Tepung AT Premix.


Tepung hasil resepi asli dari mereka yang bakal memudahkan pengguna tepung ATpremix. Betapa gembiranya perasaan seorang ibu apabila berjaya membuat sendri kek hasil tangan sendiri. Betapa mahalnya riak kegembiraan yang terpancar dari wajah anak - anak yang tak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Hanya dengan 30 minit sahaja, kita dapat BERI KEBAHAGIAN dan KASIH SAYANG dengan sebijik kek.


best kan?
(+) Hanya perlu tambah TELUR, AIR MINERAL, SUSU CAIR & MINYAK sahaja.
(+) 99 % mereka yang mencuba tepung ini dah tiada basic baking berjaya hasilkan kek dan cupcakes gebu gebas.
(+) Tak payah pening – pening nak campur macam - macam bahan pun.
(+) 1 tepung yang sama boleh digunakan untuk hasilkan cupcakes,muffin atau kek!
Moist sangat!
(+) Resipi asli dari ATCupcakes dan kami juga gunakan tepung yang sama untuk produk kami.
(+) Paling penting 1 kotak boleh hasilkan sebijik kek seberat 1.1kg tauu.


Kami doakan semoga ramai yang akan mendapat manfaat dengan tepung kek At Premix ini. Kepada yang berminat boleh hubungi :

0193843083.

Tuesday 27 September 2016

RENYIH SAMPAI PAGI

Jeng Jeng Jeng...

Tajuk awat suspend sangat. Pasai paa la nk renyih sampai pagi??? 

Apa ceritaa??

ceritanya kisah tepung kek kami laaaaa.. Demam tak habis lagi. Bila ada customer yang beli dan rasa terharu dengan tepung kek kami. Nak tambah cerita kami pula mula berjinak - jinak dengan produk baru.

Produk apa????




"DURIAN CREPE IN THE HOUSE"

Mai tengok macam mana staff punya semangat nk buat durian crepe untuk peminat durian. hehe




Terserlah abam sado punya kesungguhan hehe.

Yang jadi renyih tu bila dapat feedback dari pelanggan. Tengok gambaq di bawah naaaa.



Terima kasih kepada pelanggan setia yang tak henti - henti menyokong kami. At cupcakes sayang semua pelanggan. 

Tuesday 20 September 2016

DEMAM TEPUNG

Sedar tak sedar hampir 10tahun dah kami membawa resepi ini...Pelbagai onak dan asam garam yg di tempuhi. Inilah permulaan ATcupcakes, asalnya muffin dan kek coklat moist sahaja. Semuanya kami guna resepi tepung yg sama yg di olah sendiri oleh ATcupcakes Bakery..Resepi asalnya ini diberi oleh seorg guru dn juga saudara kami.





Alhamdulillah....
Pada 2015 kami di lamar oleh satu syarikat utk proses tepung kek resepi kami dan dikilangkan dgn teknologi moden lagi canggih...Kami mendapat kepercayaan dari syarikat ini setelah setahun berurusan bersama mereka. Setelah berbincang dgn terperinci kami memenuhi permintaan kilang tersebut dgn hasil keluaran Kek Coklat Moist kami yg sangat tinggi. Hasil dari dikilangkan ianya lebih Moist, lebih gebu , lebih sedap dan lebih lama jangka hayatnya.


Dulu sebelum di kilangkan kami menguna ramai tenaga pekerja utk mengayak, menimbang dn mencampur bahan2 lain didalam tepong ini.
Dari 10 orang tenaga kerja kami dah jimat ke 5 orang tenaga kerja, amat mudah dn cepat utuk hasilkan produk2 ATcupcakes.
Dengan ini kami ingin kongsikan berita gembira ini utk sesiapa sahaja yg berminat menjana pendapatan sampingan malahan sepenuh masa amat di syorkan. Kepada pengusaha2 bakeri diluar sana yg ingin jimatkan kos pekerja , kos bahan , kos transport , kos gas , kos lektrik dan byk kos lagi...bole la
* CUBA , TRY dan TEST *

Kami buat dalam berat 5kg dan 25kg...InsyaAllah ianya lebih cepat dan sedap..
* SESUAI UTK BAKAL2 BAKERI *

0341442433

Tuesday 13 September 2016

APA YANG KITA "QURBANKAN"?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2016
=======
Alhamdulillah, berlalu sudah Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2016. Pastinya ada di antara kita yang ahli keluarganya atau diri sendiri yang :
  • Menunaikan Haji
  • Menjalani ibadah Qurban
  • Menjadi ajk di masjid membantu proses Qurban
Ada yang menyambut dengan meriah ada juga yang sambut dalam keadaan biasa - biasa sahaja. Terpulang kepada masing - masing tetapi yang paling penting pemahaman kita secara tersirat dan tersurat akan hari istimewa  ini.

Sungguh besar makna Korban ini buat kami. Paling utama pengorbanan dari Staff - staff kami yang gigih menunaikan tanggungjawab kerja yang telah diberikan buat mereka. terharu sungguh kami suami isteri. Dalam hati terdetik ingin mereka tetap rasakan suasana hari raya Qurban ini.

Jeng Jeng Jeng........... Apa yang kami buat???

















Khas buat staff tersayang, Laksa Utaghraa dan rendang ayam dari Boss Atcupcakes. Lemang takdan la nk buat lemang tunjuk ja hehehe.

Makanan Ghaya dah ada. Maka bermula episod pusingan tawaf ke outlet - outlet atcupcakes untuk pengagihan makanan ghaya ini. Scroll bawah untuk lihat muka - muka staff yang ceria bila boss surprisekan semua. hehe.

Ni outlet pertama yang kami sampai. Dekat ja dengan HQ maka dia la dapat dulu. Tengok tu muka bukan main seronok. Pandai ka makan laksa dengan lemang tuuuuu... hehe

Aeon Alpha Angle (wangsa maju) JAHID

Seterusnya kami bergerak ke outlet ke 2 iaitu di Aeon Au2 Setiawangsa. orang Bangladesh jugak. Tak tau la depa pandai makan ke dak ni. Takpa yang penting kita bagi dulu kan hehe.




Boss kecik tukang sampaikan makanan pada staff hehehe. Qudus nama staff kami ni

Aeon Shah alam
2 orang staff kesayangan sedang bekerja. Sejuk hati tengok aihh. Kenalkan staff Shah alam kami  Faezah dan Russel. Tempat ke 3 kami harini.





Aeon Bukit Tinggi Klang. 
Ni hentian ke 4 kami. Ada staff yang dah 5 tahun kerja dengan kami. Sayangnya tak sempat nak jumpa Kak lela atau panggilan manja dia Mak lela. Mak lela shift petang jadi kita sampaikan pada Staff kami lagi sorang iaitu Kak azian atau nama manjanya Mak long. hehe





Selesai dah Outlet tetap kami. Sekarang ni kena gerak ke outlet roadshow kami yang agak jauh. Jauh pun takpa janji semua dapat merasa aiyaq tangan boss ni. hehehe. Nak kata sedap sangat dak la tapi sekali makan tak cukup tu dah tentu dah rasanya hehe.


 Aeon Seremban 2
Jauh depa ni merantau mencari rezeki. Nah hadiah laksa, lemang dan rendang untuk semua. hehe. Terima kasih yaya, shima dan dee.
.

Akhirnya, Hentian terakhir di Aeon Balakong atau cheras selatan. Kat sini Hero - hero malaya yang jaga. Jangan usha lebih - lebih yang baju putih merah tu nak kawin dahhhh.. hehe

 Solleh dan boss kecik hehe
Abang sado Faizal dengan muka nakai dia nih..

.
Belanja satu gambar abam sado dengan boss satu heheheh.


.
Belanja 1 gambar boss - boss tengah kelam kabut hantar barang hehehehe.

Makanan ini hanya sedikit saja ucapan tanda terima kasih dari kami. Apa yang mereka korban kan buat syarikat kami lebih besar nilainya. Tak pulang beraya demi mencari sesuap nasi buat diri dan keluarga. kami doakan semua staff kami ini dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk bekerja dengan baik.
.

Thursday 25 August 2016

HIKMAH DI SEBALIK SEBIJIK KEK

HIKMAH DI SEBALIK SEBIJIK KEK
======

Salam semua,

Ada ke yang mengikuti perkembangan blog atcupcakes ni hehe.. Kalau ada alhamdulillah.
Hari ni nak berkongsi perkongsian Owner atcupcakes di FB beliau berikutan satu kejadian yang berlaku di kedai.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum.....
Apa habaq semua... Lama ayu tak bersiaran kat fesbuk ni. Asyik abg jaq ja yang duk posting. Segan pun ada dah ...
Hehehe...

Saja ayu nak kongsi kejadian yang baru berlaku kat kedai sat tadi...
moga2 jadi pengajaran buat semua....
Customer ayu mai nk amik order kek dia, nak jadi cerita ayu kebetulan ada kat kedai. Duk depan komputer tengah duk makan kek. Dengaq hingaq kat depan kedai. Dalam hati duk pikiaq apa dia la yg hingaq....
Hati seorang boss mana boleh tahan duk diam. Ayu keluaq, rupanya kek yang dia order "indah khabar dari rupa". Dia order lain, Dapat macam lain. Terkejut la ayu nak - nak pulak customer ni dah sedih sangat - sangat dengan kek dia.


 Terkejut customer. Order design lain dapat lain. waaaaaaaaaaaaaaaaaa


Ayu tawakal dalam hati layan dia sebaik mungkin. Macam - macam idea ayu habaq kat dia nk bg cantik kek. Dia habaq tak mau dah kek sebab sedih. Nak - nak dia peminat dan followers fb kami.
pastu first time oder pulak...
Dalam hati ayu tuhan ja la yang tau ....
abis dah laa customer ni tak mau dah kek ni...
Tiba - tiba dalam dok kalut Allah bagi ilham untuk deco kek dia. Nasib baik dia percaya lagi kat ayu, bagi ayu ubah kek dia.
Hasilnya, customer ayu kembali tersenyum. Tu ja yang ayu nak. Ayu banyak belajaq dari situasi ni. Silap datangnya pada kami sendri. Takdak senarai lengkap dari segi saiz acuan, harga design secara specific dan banyak lagi. Jadi staff pun ikut dan charge harga tak padan dengan design.
Banyak Hikmah yang Allah nak beri hanya dengan satu kejadian. Terima kasih pada pelanggan ayu ni sebab mengikuti atcupcakes dan percaya pada kami. Terima kasih sebab bagi peluang kami perbetui silap kami.
Kat sini jugak ayu nak bg tau....
kalau ada yang nak luahkan apa - apa boleh terus hubungi hotline kami naaa..
InsyaALLAH.....
Kami sedia membantu menjawab apa - apa persoalan...
019-384.3083 (Customer Care)
019-384.3083 (Customer Care)

Nak tengok kek selepas make over??? hehehe





Alhamdulillah customer puas hati selepas make over.

 

Tuesday 23 August 2016

MALAYSIAN FOOD FIESTA KEMBALI!!

Sebut je pasal Malasian Food Fiesta, hati dah terloncat - loncat. hehe. Mana taknya, teringat kenangan kali pertama kami sertai fiesta ni memang tak dapat dilupakan. Dengar - dengar kali ni lebih gempak dari sebelumnya. Harus semua peminat at cupcakes turun padang support kami ya. Ok jom tengok iternary program kita di bawah :

TARIKH : 5/10 - 9/10/2016 (5 HARI)
MASA : 10 PAGI - 10 MALAM
LOKASI : CENTRE COURT THE CURVE

Paling teruja tengok konsep design booth tahun ni. Siap ada photobooth besar bertemakan makanan. WHATTTT???? hehe




ha... excited tak?? ala2 western dan funky booth setup dia kan. 
Cuba tengok buah tembikai, aiskrim dan fries. Itula photobooth kita nanti

Kalau tahun lepas tetamu undangan ialah Elizabeth Tan dan Chef yuen. Cuba teka siapa tetamu kali n?

.
.
.
.
.
.



Chef Anis Nabilla



Chef Dato' Fazley Yaakob



JUMPA DI SANA.....!!!!!!

Monday 22 August 2016

KL FASHION WEEK 2016

Bila dapat order untuk KL Fashion week, orang nombor 1 yang paling teruja ialah staff. hehe. Punya seronok nak buat cupcakes untuk diberikan kepada KL Fashion Week. Tak dapat pergi pun takperlah janji dapat supply cupcakes pun dan seronok. Yea tak??

Nak tengok hasil cupcakes KL Fashion week? hehe
Mudah sahaja nak buat cupcakes ni sebab pelanggan nak guna edible imgage. Jadi kita hanya perlu design, coating dan tampal atas cupcakes sahaja.

Tadaaaa.... dah siap cupcakes comel ni. Customer nak siap2 letak dalam box jadi kita packing siap - siap.

Ish gambar cupcakes je ker? takkan xder gambar fashion designer???


Ada... ada... ok scroll bawah :)



 House of Mini merupakan pelanggan setia kami. Amboii sampai cium cupcakes hehe.




Cun nyeee Sazzy Falak ni. Kalau jumpa LIVE mesti kena Selfie hehe.

KL Fashion Week 2016 dah pun melabuhkan tirai nya semalam. Doa kami semoga lebih ramai fashion show dan designer yang pertontonkan fashion yang lebih sopan dan sejuk mata memandang hehehe

MULUT MAU MANEIH, AYAT MAU POWER!

Semua tau kepakaran Kak Ayu dan Abang Jaq main tapak..  Tiap Raya ja mesti ambik tapak..tapi..  Abg jaq pun tak brapa brani nak ambik...