Thursday, 25 August 2016

HIKMAH DI SEBALIK SEBIJIK KEK

HIKMAH DI SEBALIK SEBIJIK KEK
======

Salam semua,

Ada ke yang mengikuti perkembangan blog atcupcakes ni hehe.. Kalau ada alhamdulillah.
Hari ni nak berkongsi perkongsian Owner atcupcakes di FB beliau berikutan satu kejadian yang berlaku di kedai.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum.....
Apa habaq semua... Lama ayu tak bersiaran kat fesbuk ni. Asyik abg jaq ja yang duk posting. Segan pun ada dah ...
Hehehe...

Saja ayu nak kongsi kejadian yang baru berlaku kat kedai sat tadi...
moga2 jadi pengajaran buat semua....
Customer ayu mai nk amik order kek dia, nak jadi cerita ayu kebetulan ada kat kedai. Duk depan komputer tengah duk makan kek. Dengaq hingaq kat depan kedai. Dalam hati duk pikiaq apa dia la yg hingaq....
Hati seorang boss mana boleh tahan duk diam. Ayu keluaq, rupanya kek yang dia order "indah khabar dari rupa". Dia order lain, Dapat macam lain. Terkejut la ayu nak - nak pulak customer ni dah sedih sangat - sangat dengan kek dia.


 Terkejut customer. Order design lain dapat lain. waaaaaaaaaaaaaaaaaa


Ayu tawakal dalam hati layan dia sebaik mungkin. Macam - macam idea ayu habaq kat dia nk bg cantik kek. Dia habaq tak mau dah kek sebab sedih. Nak - nak dia peminat dan followers fb kami.
pastu first time oder pulak...
Dalam hati ayu tuhan ja la yang tau ....
abis dah laa customer ni tak mau dah kek ni...
Tiba - tiba dalam dok kalut Allah bagi ilham untuk deco kek dia. Nasib baik dia percaya lagi kat ayu, bagi ayu ubah kek dia.
Hasilnya, customer ayu kembali tersenyum. Tu ja yang ayu nak. Ayu banyak belajaq dari situasi ni. Silap datangnya pada kami sendri. Takdak senarai lengkap dari segi saiz acuan, harga design secara specific dan banyak lagi. Jadi staff pun ikut dan charge harga tak padan dengan design.
Banyak Hikmah yang Allah nak beri hanya dengan satu kejadian. Terima kasih pada pelanggan ayu ni sebab mengikuti atcupcakes dan percaya pada kami. Terima kasih sebab bagi peluang kami perbetui silap kami.
Kat sini jugak ayu nak bg tau....
kalau ada yang nak luahkan apa - apa boleh terus hubungi hotline kami naaa..
InsyaALLAH.....
Kami sedia membantu menjawab apa - apa persoalan...
019-384.3083 (Customer Care)
019-384.3083 (Customer Care)

Nak tengok kek selepas make over??? hehehe





Alhamdulillah customer puas hati selepas make over.

 

No comments:

Post a Comment

MULUT MAU MANEIH, AYAT MAU POWER!

Semua tau kepakaran Kak Ayu dan Abang Jaq main tapak..  Tiap Raya ja mesti ambik tapak..tapi..  Abg jaq pun tak brapa brani nak ambik...