Thursday 17 November 2016

HALA TUJU ATCC BAKERY & TRADING


Bila dah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan, banyak cabaran serta perubahan produk yang telah syarikat ATCC Bakery & Trading lalui. Perjalanan produk harus mengikut trend terkini.

kalau tak...kemungkinan perniagaan kita untuk jatuh atau di saingi dengan pesaing baru akan mula tergugat. Pernah dengar cerita NOKIA?

Nokia yang dahulunya berada di carta no 1 bagi telefon bimbit tenggelam dek kerana tidak mengikuti perkembangan dan perubahan teknologi telefon bimbit. saat samsung dan jenama - jenama lain berubah kepada touch screen dan perlbagai perubahan, nokia masih mengekalkan identiti lama mereka.

Kini apa jadi kepada nokia??

Sedihkan? dulu hampir semua orang guna handphone nokia kan...


Atcc Bakery & trading kini telah jumpa formula serta produk fokus yang tetap untuk melancarkan perjalanan perniagaan kami.

Lebih jelas kan bila kami dah asingkan produk serta fokus syarikat. Geram pulak tengok logo logo comel ni kan?? sesuai sangat dengan trademark kami iaitu "CUTENESS"


Kami bersungguh - sungguh ingin bertahan dan memperjuangkan ekonomi Islam dalam menyediakan prduk bakeri keluaran Bumiputera. Doakan kami yaaaaa






No comments:

Post a Comment

MULUT MAU MANEIH, AYAT MAU POWER!

Semua tau kepakaran Kak Ayu dan Abang Jaq main tapak..  Tiap Raya ja mesti ambik tapak..tapi..  Abg jaq pun tak brapa brani nak ambik...