Thursday, 22 January 2015

''Kenapa Menyepi ?''

Tahun baru adalah saat yang paling tepat untuk melupakan kegagalan yang lepas, saat untuk menyusun strategi untuk mencapai matlamat di tahun-tahun berikutnya. Tahun baru semestinya penuh dengan semangat baru untuk memulai lembaran baru.

2014 baru sahaja melabuhkan tirainya, pelbagai cabaran dan dugaan yang telah ditempuh oleh saya dan suami sepanjang awal tahun 2012 sehingga ke tahun 2014, tetapi kami tidak pernah berputus asa kerana yakin di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.

Semestinya pengunjung-pengunjung setia blog ini tertanya-tanya kemanakah hilangnya saya kerana agak lama menyepi di dalam dunia blog ini.

Bagi saya, kegagalan mengajar kita untuk melangkah dengan lebih jauh lagi. Dengan erti kata lain, "di mana ada kegagalan, di situ ada kejayaan". Ku sangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis mengundang, begitulah jika ingin diumpamakan dengan kehidupan saya sepanjang tahun 2012. 

Setiap orang mempunyai impian masing-masing, begitu juga dengan saya. Saya menjejakkan diri di Kuala Lumpur ini tanpa dirancang, dulu hanyalah angan-angan sahaja kerana kekangan kewangan. Tak pernah terlintas pun di hati ini ingin berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjalani kehidupan di sini. Bagi saya Kuala Lumpur hanya suatu bandar metropolitan yang penuh dengan kesibukan.

Sebelum terbukanya kedai kek pertama saya yang bertempat di Wangsa Delima, Wangsa Maju iaitu di belakang NZ Curry House, saya bermula berniaga membekalkan muffin ke sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Pada perkiraan saya, menjalankan perniaagaan muffin ke sekolah-sekolah akan berjalan dengan rancaknya seperti bisnes saya sebelum ini di Perak yang mana ketika itu sebelum ini Syarikat AT Muffin membekal dan mengedar muffin hampir ke seluruh sekolah di sekitar negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Rupanya cara perniagaan ini tidak sesuai, dan salah satu sebabnya adalah kesibukan jalan raya. Saya dan suami mula memikirkan cara lain.

Pada suatu ketika, suami saya pergi makan di Tesco, Rawang. Pada waktu itu Tesco, Rawang baru sahaja dibuka. Subhanallah, Allah menganugerahkan idea untuknya, terus dia nampak peluang. Bagi suami saya, dekat mana ada ramai orang di situ kita boleh membuat duit. Seterusnya, dia terus menelefon saya katanya "Adik, jom kita buka kiosk kek di dalam Tesco, Rawang". Pada ketika itu untuk membuka sebuah kiosk di dalam Tesco memerlukan modal sebanyak RM4500, malangnya kami tidak mempunyai wang sebanyak itu. Suami saya terus menelefon sahabat baiknya di kampung dan menyatakan hasratnya meminjam wang untuk tujuan itu. Alhamdulillah inilah dikatakan sahabat dunia akhirat, dia telah meluluskan pinjaman tersebut dan akhirnya kami dapat membuka sebuah kiosk kek di dalam Tesco, Rawang.

Kalau nak ikutkan banyak lagi yang hendak dicerita tentang sejarah jatuh bangun AT Cupcakes, tapi memandangkan jadual yang begitu padat dan ketat dengan roadshow2 di sekitar Aeon Lembah Klang sehingga ke Aeon sebelah negeri Utara, saya terpaksa menghentikan penulisan setakat ini dahulu... kita ketemu lagi ya ;)


Jadual Roadshow AT Cupcakes

No comments:

Post a Comment

MULUT MAU MANEIH, AYAT MAU POWER!

Semua tau kepakaran Kak Ayu dan Abang Jaq main tapak..  Tiap Raya ja mesti ambik tapak..tapi..  Abg jaq pun tak brapa brani nak ambik...