Tuesday, 13 September 2016

APA YANG KITA "QURBANKAN"?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2016
=======
Alhamdulillah, berlalu sudah Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2016. Pastinya ada di antara kita yang ahli keluarganya atau diri sendiri yang :
  • Menunaikan Haji
  • Menjalani ibadah Qurban
  • Menjadi ajk di masjid membantu proses Qurban
Ada yang menyambut dengan meriah ada juga yang sambut dalam keadaan biasa - biasa sahaja. Terpulang kepada masing - masing tetapi yang paling penting pemahaman kita secara tersirat dan tersurat akan hari istimewa  ini.

Sungguh besar makna Korban ini buat kami. Paling utama pengorbanan dari Staff - staff kami yang gigih menunaikan tanggungjawab kerja yang telah diberikan buat mereka. terharu sungguh kami suami isteri. Dalam hati terdetik ingin mereka tetap rasakan suasana hari raya Qurban ini.

Jeng Jeng Jeng........... Apa yang kami buat???

















Khas buat staff tersayang, Laksa Utaghraa dan rendang ayam dari Boss Atcupcakes. Lemang takdan la nk buat lemang tunjuk ja hehehe.

Makanan Ghaya dah ada. Maka bermula episod pusingan tawaf ke outlet - outlet atcupcakes untuk pengagihan makanan ghaya ini. Scroll bawah untuk lihat muka - muka staff yang ceria bila boss surprisekan semua. hehe.

Ni outlet pertama yang kami sampai. Dekat ja dengan HQ maka dia la dapat dulu. Tengok tu muka bukan main seronok. Pandai ka makan laksa dengan lemang tuuuuu... hehe

Aeon Alpha Angle (wangsa maju) JAHID

Seterusnya kami bergerak ke outlet ke 2 iaitu di Aeon Au2 Setiawangsa. orang Bangladesh jugak. Tak tau la depa pandai makan ke dak ni. Takpa yang penting kita bagi dulu kan hehe.




Boss kecik tukang sampaikan makanan pada staff hehehe. Qudus nama staff kami ni

Aeon Shah alam
2 orang staff kesayangan sedang bekerja. Sejuk hati tengok aihh. Kenalkan staff Shah alam kami  Faezah dan Russel. Tempat ke 3 kami harini.





Aeon Bukit Tinggi Klang. 
Ni hentian ke 4 kami. Ada staff yang dah 5 tahun kerja dengan kami. Sayangnya tak sempat nak jumpa Kak lela atau panggilan manja dia Mak lela. Mak lela shift petang jadi kita sampaikan pada Staff kami lagi sorang iaitu Kak azian atau nama manjanya Mak long. hehe





Selesai dah Outlet tetap kami. Sekarang ni kena gerak ke outlet roadshow kami yang agak jauh. Jauh pun takpa janji semua dapat merasa aiyaq tangan boss ni. hehehe. Nak kata sedap sangat dak la tapi sekali makan tak cukup tu dah tentu dah rasanya hehe.


 Aeon Seremban 2
Jauh depa ni merantau mencari rezeki. Nah hadiah laksa, lemang dan rendang untuk semua. hehe. Terima kasih yaya, shima dan dee.
.

Akhirnya, Hentian terakhir di Aeon Balakong atau cheras selatan. Kat sini Hero - hero malaya yang jaga. Jangan usha lebih - lebih yang baju putih merah tu nak kawin dahhhh.. hehe

 Solleh dan boss kecik hehe
Abang sado Faizal dengan muka nakai dia nih..

.
Belanja satu gambar abam sado dengan boss satu heheheh.


.
Belanja 1 gambar boss - boss tengah kelam kabut hantar barang hehehehe.

Makanan ini hanya sedikit saja ucapan tanda terima kasih dari kami. Apa yang mereka korban kan buat syarikat kami lebih besar nilainya. Tak pulang beraya demi mencari sesuap nasi buat diri dan keluarga. kami doakan semua staff kami ini dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk bekerja dengan baik.
.

No comments:

Post a Comment

MULUT MAU MANEIH, AYAT MAU POWER!

Semua tau kepakaran Kak Ayu dan Abang Jaq main tapak..  Tiap Raya ja mesti ambik tapak..tapi..  Abg jaq pun tak brapa brani nak ambik...