Tuesday, 25 July 2017

BOSS yang tidak di MANGSAKAN

Assalamualaikum sahabat2 blogger Kak Ayu...

Lama Kak Ayu tak sembang dalam ni, nak sembang apa pon tak tau dah.
Dulu pagi2 sampai ke malam kita kayuh sendiri banyak la cerita boleh kongsi.

Alhamdulillah....
Sejak ada manager ni jarang dah mai ofis, nak mai dia buat semua kerja siap dah.

Kak Ayu pon baru dlm 2thn ambik manager. Kak Ayu nk kongsi tentang topik yang mudah tetapi banyak cabaran dia. Iaitu PERUBAHAN.

Dulu ATCupcakes diuruskan sendiri oleh Kak ayu & Abg Jaq. Sampai satu tahap bila outlet ATCupcakes makin berkembang, kami dah xdan nk kampui 2 org untuk uruskan syarikat kami.
Kami tekad. Sebelum kami semakin terbeban, cepat2 kena ambik seorang manager untuk backup kerja2 pengurusan. Staff dah makin bertambah dari 3 orang dah dekat 30 orang.

Ceritanya dari sudut seorang boss, kita ada sebab2 kita untuk adakan perubahan besaq. Dari sudut staff inilah cabarannya. Adakah staff dah bersedia dengan perubahan yg Kak Ayu nk buat utk syarikat. Pada pandangan Kak Ayu, mesti staff2 dan orang2 kuat Kak Ayu akan support pembaharuan ni.

Masa tu, orang2 kuat Kak Ayu dah terbiasa berurusan terus dengan Kak Ayu. Tiba2 ada org baru nk masuk dan kedudukan dia lagi atas dari orang2 lama ni. Hangpa rasa depa boleh terima ka dak?

Pada masa tu, Kak Ayu yakin yg depa semua boleh terima perubahan besaq ni yg akan membawa kebaikan kepada syarikat. Rupa - rupanya sangkaan Kak Ayu salah sama sekali. Lepas sorang, sorang org kuat Kak Ayu berhenti. Sampai satu tahap Kak ayu & Abg Jaq rasa silap ka kami ambik manager ni.

Kami tetap dengan keputusan dan kami berlapang dada waktu kami kehilangan orang2 kuat kami.
Tapi hasilnya selepas 2 tahun, Kak Ayu dah jarang masuk office dan kedai. Semua dah teratur diuruskan bergantikan team2 baru dengan sistem yg lebih baik, pengurusan yang terancang dan semakin lancar.

Kak Ayu belajaq satu perkara yang penting disini.
"Patah tumbuh hilang berganti" .

Yang baik akan kekal bersama kita inshaAllah. Yang pergi sudah tentu ada sebab2 kenapa Allah tarik dia jauh dari kita.

Bila kita dah beri tanggungjawab dan kepercayaan kepada staff, kita kena yakin dan percaya pada apa yang dia buat. Apa guna ambik manager kalau kita xmau dengar cakap manager tu kan kikikiki.

Sebenarnya rezeki ni jangan kita ligan. Kita kena menjemput rezeki. Laani Kak Ayu dah jarang masuk offfice pun projek tetap berjalan.

InshaAllah selagi kita jaga hubungan dengan Yang maha Pencipta, Allah akan lapangkan masa dan hidup kita.

Akhir sekali, jangan kita terjejas dengan apa yang orang buat kat kita. Kalau kita pikiaq apa yg dia buat kat kita, kita akan jadi mangsa dia. Kalau kita pikir apa yang dia buat kat kita tu ada yang lebih baik Allah nak bagi Kita takkan jadi mangsa sesiapa.


Jadila boss yang tidak di MANGSAKAN.

No comments:

Post a Comment

MULUT MAU MANEIH, AYAT MAU POWER!

Semua tau kepakaran Kak Ayu dan Abang Jaq main tapak..  Tiap Raya ja mesti ambik tapak..tapi..  Abg jaq pun tak brapa brani nak ambik...