Tuesday 25 July 2017

JANGAN SELESA SANGAT

ATCupcakes & Bakeri dah lalui 3 fasa nie :
1) Kegemilangan pasar malam
2) Kegemilangan sekolah2
3) Kegemilangan di dalam Mall

Jangan rasa megah dan bangga sangat meniaga dalam Mall yg hebat..

Di dlm Ekonomi duit makin mengecil ni kita harus lebih bijak di mana sasaran kita...
Hanya pengalaman dapat atasi masalah.

Kalau mall2 hebat pasang strategi kedai2 kecil seperti 7E , 99 speedmart jugak mereka ada strategi depa.

Mereka semakin berani di mana Mall besar ada bukak, di kawasan perumahan kat situ jugaklah 99speedmart tabur 50 bijik kedai di kawasan mall di buka.

Duit makin mengecil kalau pi mall macam2 anak nak, jadi pilihan yg tepat utk beli barang keluarga dan barang2 ringan, ramai dah ke 99 speedmart dan 7E lebih cepat dan mudah..

ATCupcakes sendiri terasa tempias ni. Dulu dok dalam mall 4-5k hari minggu senang2 ja. Lani 3k pon mcm nak mati punya promot..

Apa akan jadi dengan peniagaan kita 5thn lagi jika duit kita semakin mengecil manusia semakin ramai berjimat cermat.

Adakah produk kita barang keperluan atau kehendak?

Jika produk kita barang keperluan.. Alhamdulillah ...

Sapa tak makan nasi sapa tak minum ayaq. Kalau kehendak setakat tak beli kek boleh hidup lagi kot.
Wahai sahabat Bakeri sama2 kita renung - renungkan..

Adakah Cabaran Bakeri harus di wujud kan lagi agar kita org melayu meniaga bakeri harus cari jalan selesai masalah yg mungkin akan berlaku satu hari nanti..

Buktinya...
Semakin byk 7e dan 99speedmart tumbuh bagaikan cendawan.

Kedai2 didalam Mall semakin byk tutup.

No comments:

Post a Comment

MULUT MAU MANEIH, AYAT MAU POWER!

Semua tau kepakaran Kak Ayu dan Abang Jaq main tapak..  Tiap Raya ja mesti ambik tapak..tapi..  Abg jaq pun tak brapa brani nak ambik...